Monday, October 4, 2010

SAJAK

ORANGUTAN YANG KIAN PUPUS


DILAYAN bagai anak kecil,
cukup masa disusui, 
makan minumnya juga bersukat. 
Malah bertambah comel apabila dipakaikan lampin pakai buang.
Tidur pula di dalam bilik kecil lengkap dengan katil bayi umpama wad pediatrik di sebuah hospital. 
Apatah lagi bila disediakan seorang penjaga, 
tentulah bertambah manja dan jinak layaknya.
Mampukah kita melihat keindahan ini pada masa hadapan ?
Keindahan yang dikurniakan Tuhan yang kian pupus.
Di mana nilai kasih dan sayang ?
Adakah kita akan hanya mampu melihat haiwan yang manja ini pupus kerana mengejar dunia moden ?
Sedarlah wahai manusia , 
peliharalah ia sebelum ia pupus .
Hulurkan bantuan agar haiwan ini terus benyawa tanpa ancaman.


BY,
FARRAH HANIS NURJANNAH ( 6RENDAH2 )

No comments:

Post a Comment